Selasa, November 20, 2007

Mari Tambah Income Tanpa Keluar Modal

Apa yang anda perlu ada ialah sebuah komputer dengan sambungan internet dan masa, kerana untuk mendapat lebih pendapatan anda perlu luangkan lebih masa di dalam program yang anda sertai.
Sekarang ni banyak laman web seumpamanya di internet, saya sendiri turut mencuba untuk mencari pendapatan tambahan dari internet. Saya juga masih baru di dalam bidang ini. Saya akan masukkan penerangan serta bukti bayaran bagi setiap program dari masa ke semasa. Walaupun pada masa ini saya mengusahakan secara sambilan, saya akan cuba mengemaskinikan blog saya sekerap yang boleh. Maklumbalas dari anda semua amat saya harapkan. Blog ini adalah cubaan pertama saya untuk menulis blog jadi segala maklumbalas daripada ada semua amat saya hargai.
Di sini saya sertakan laman-laman web program yang telah saya sertai. Jikalau ada daripada anda mempunyai maklumat tidak baik mengenai laman web di bawah sila maklumkan kepada saya supaya dapat disenaraikan di bahagian Program Yang Tidak Baik.

Laman-laman web ini boleh dibahagi kepada beberapa jenis program.
1. Program Bayar Untuk Klik
2. Program Bayar Untuk Baca Email
3. Program Bayar Untuk Melayari Internet
4. Program Bayar Untuk Survey
5. Program Bayar Untuk Main Permainan Komputer
6. Program Bayar Untuk Bersosial
7. Program Bayar Untuk Tulis
8. Lain-lain Program yang Unik
9. Pemproses Pembayaran
10. Program Yang Tidak Baik

Tiada ulasan: